Wednesday, February 22, 2012

Faris Nur Daniel........ be tough and be strong......

Assalamualaikum semua,

Harap dapat membantu dengan berdoa dan sebagainya serta hebahkan InsyaAllah.

BarakAllahu fik.

BANTU SAYA UNTUK MENYEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI KE SELURUH MALAYSIA MELALUI FACEBOOK DAN BLOG.

Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 7:10 PTG 22 komen http://img1.blogblog.com/img/icon18_email.gif
MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH

"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail.

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi.

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie5bQ05xgeK_J3mH5WWDkRdnCRHJGD6na5cWlxuNBKAbLu-bjwMYXncrS52LjfpD6uaS95rUa5orVwyPf_uPWVoZgaQvyQZms1prPI9VWDqty19qRGQyJIOCJo0_AaFFoZaUyBVM3sTil9/s400/faris.jpg

Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya ( Subang Jaya Medical Center )?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFXSzcnVWLEF9316jGs4SDfIqtCP4soW3lGjSBJ48DFkrTbWylTwcdV2ABJC3yHdmW-XhaOp4sfezo4qTGjE6MU2uWCXjuQAdG9jFsz99rA7nmdDlyczvRNiTS9YO43COJjZ7gSkB-6nNC/s400/Faris+Hospital.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEim-oj1TA4qCGjtS3xQHrZZjfv1vG7n5CkDvd8YWVXpbNqsy3VAA0-hvFKuf60GLma1QjzjUz26eHy7_ew6hrmLkAqdsS-mn031RqFEIUZCcODuIo_o9iqzNnF8o-EC0HSihFPwWx684m2-/s400/Faris+Keluarga.jpg

Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.


Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
SILA HEBAHKAN


Sabtu, Februari 18, 2012
'STM' (AKRONIM PALING BERMAKNA KEPADA FARIS)

Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.

Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, sebelum menghubungi bapanya, Shamrulismawi Ismail, 38 tahun pagi tadi.

Baca entri pertama nukilan saya
di sini.

Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang , dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.

Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVRj8i6iZTLvjPzMW38tNAwRvvKVT0XU0C9CQ7wvzgOdm4Q4FoAui7pcOzv7aZ87jwoSfpuGdq4FToQdN3dgU-1OAMpcC0PKz-xjRbrtC5O_BVT3sekrOK9KxV5t_VDBpPFaa8QoXRImca/s400/Faris+Hospital.jpg

Faris disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbuh9R0xuOJ_D8dZ4j_qWfItvq8-mpvH3bN76iO5UPOWB3wl1WGLwPDbPQF2EMf4vJQFFLXrPDmbb3WLkuigdcYulkDGfLqzONg0Rwksz76u0M-5cMjTdlEae8nR9nv8SvJ9O1zojDyxLV/s640/Surat+-+Copy.jpg

Surat ditandatangani oleh Dr. Chan Lee Lee di atas diemelkan Sham kepada saya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8JMA6z2BUvEZw9e86G9dRVjQf_CFX60hen8B4H83br7a2gEEG7lO16VK59w4wYJnFzOJZ0TPDlgKjmKgioRiBEpBauh7WK4DtIVE2AR5KMkt2A3gxHBJ0d7wXsUmIeBZneCFUzXd_fp3N/s640/Surat+-+Copy-1.jpg

Berikutan itu, beberapa pembaca blog ini telah menghubungi saya dan bermurah hati untuk menyumbang. Saya yakin semua tahu, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris
1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Sebelum ini rakyat Malaysia berulang kali terbuka hati untuk membantu warga asing antara mereka di Gaza dan Somalia , Afrika, inikan pula anak kecil rakyat negara kita sendiri.

Sebaik wang didepositkan ke akaun terbabit, sila tinggalkan komen 'STM', bermaksud 'Saya Telah Menyumbang' untuk rekod saya.

Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.

Bersabar, berdoa dan berusahalah.

Saya juga bapa dan sentiasa memahami situasi genting dihadapi.


Terima kasih.

Semoga Allah membalas jasa kalian bermurah hati.

Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 1:34 PG 5 komen http://img1.blogblog.com/img/icon18_email.gifhttp://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
Ahad, Februari 19, 2012
GAMBAR TERKINI FARIS (MUNGKINKAH DIA MAMPU TERSENYUM KEMBALI?)

Cuba dengarkan lagu dendangan Kenny, Remy dan Martin, 'Suratan Atau Kebetulan' ini sambil membaca entri ini.

Suka duka, mereka sekeluarga tetap bersama.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVabhvOaZUk_kEQjkTAWiIh_n4_N_IludrCVCqF8NifJwqQcg3mPeCHBmnkyDPdd3xkrA08diKMt7ukW3rKbXfMUarj9kOW912NxLqOwoF8J9flOf0w8D5ji9m6dmAHV58iUiITWferJ-z/s400/x4.jpeg

Ketika dicuba dengan cabaran getir, semangat harus dibangkitkan dengan kadar luar biasa.

Saya percaya Shamrulismawi Ismail dan Zuraini Mohamad sentiasa berjuang, menggenggam harapan, memanjatkan doa kepada Allah, agar Faris kembali sihat, tersenyum dan ceria seperti anak lain.

Tanpa harapan, sesungguhnya manusia sudah tewas sebelum berjuang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDAGvpLk4UriRm9846YEwNOA8tsBYueUwT8DrtlU3Afef_dXeGbPaxbOuE314OEEqPVx6ODUzZoxFyfgqX5PvEvsfJq-4kThEdCNDc0jdZsYpzyUcoVOWCCIQ3qTRNS8WjbgIHFZ97QOUc/s400/x1.jpg

Berikut antara luahan hati Sham terhadap Faris, kini terlantar akibat HLH.

'Ya Allah, kuat dan tenangkanlah hati kami. Kalau betul dia untuk ku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan Mu. Aku tahu, Engkau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba Mu ini. Engkau yang menentukannya'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjS07pDqGw7g_NglQbM6jTK9ryRLDz3RqTnQyrLhVGki8di4YLb6tYhjdkFqqJXf0Bh4FLxxRWDtMU7c2_2U5DoiwjX7yJnnRgnnWUhLeDBnyZ-IhwDhX1X24Jpr64-KDNEKC2fg7P3_vx/s400/x3.jpeg

Kepada mereka belum berpeluang membaca 2 entri nukilan saya berhubung Faris sebelum ini, sila klik di sini dan di sini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrjpkWrfw0YVp4UpwQImzZGHm-GOw9qbsCnmJtK9lmcev_gDqYSb98VZYHL5Nw7y0V1Clv1vMnWJ1UI6zonT9iyIkyyHyV0yWuTXBb1M4xfr2EoNXIyKeFUJYUzyHDK_Xq0w6vdVzBElIm/s400/x2.jpg

Manakala berikut maklumat terkini berhubung perkembangan Faris di hospital, terkandung dalam pesanan ringkas dihantarkan oleh ayahnya.


'Salam Mazidul, masih tidak banyak improvement. Cuma apabila saya memanggail namanya, Faris mengerakkan bulu matanya seolah-olah dia tahu saya memanggilnya'

Bersama kita membantu meringankan tanggungan kos perubatan Faris kini dilaporkan mencecah RM75,000 dengan menyalurkan sumbangan ke akaun
Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Kepada rakan pembaca telah menyumbang, mewakili keluarga Faris, saya mengucapkan terima kasih.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLv7uZJpkQMEhPiezL_moI79eKccFQw9GXx9i_Zv8iRdM4UQCOS2qRcWOemdFi4fK6zCz_beT_Yj9DqC6Wr3bpFTiBt42MNeWWVGiHDFQUWNpSkXhlvDj3f5m1RZ6Zt3Uy5JcU6Mgh7KFv/s400/faris.jpg

SILA HEBAHKAN



Isnin, Februari 20, 2012
MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19)

Jam 5.15 petang semalam, saya tiba di Sime Darby Medical Center, di Subang Jaya, Selangor. Sebagai blogger, saya membawa bersama kamera digital ke lokasi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7G2Mt9fVygBZ-8Qw17Z8PH60GIxIp-YVG_BRXSoIgOXleFXmL_CQIT_LcBzC0SAvscbw2yCo9peVigF3QxGA-Cwj49QP5TiGMiP-kWKZqb7nl3cT0Y1shu25e-GDYz2XJq5RHRMXnMogL/s400/IMG_2827.JPG

Berikutan tidak melihat notis atau papan tanda dilarang merakamkan gambar, dalam perjalanan ke North Tower , saya rekodkan gambar berikut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOpXPXfgngURck6x0sjSssJut_bO57Cie0J3zheO0zQQk4hZuZUCBkKRP6q-iJn5AyXg95Vg_FYvOYaG-L_U260o8sARWrMXlzzw3NIfysVgrs6ZBmn46533uOdBJjM5Nky9cJaIHV8-NG/s400/IMG_2781.JPG

Hampir jam 5.30 petang, saya tiba di luar NICU. Ketika itu ayah Faris, Shamrulismawi IsmaiL, 38 tahun, sedang berbual bersama beberapa penduduk taman tempat tinggalnya, hadir untuk ziarah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjocbBnSAanJu3TJE6lgqHvgHkEvQyV0dJL65SsEDEaQ5mCwP2HGEn1e9WHwxgNgCDvsYHKCeVwHxvT3wZukZGMgVYs_w6idXTIYOOS0L1vKN9DmaUubNUMVVOqm22QacyjtRxAuobgiGYh/s400/IMG_2786.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYL-jHZfVjn2J7Qs8Ft69uencPWLdt7YhHHXuWCXx6FoQkGp2sYgj7RIvrooljwafYJrQi6sE7zJgEHBvexmUEqdQfBwHGLURzBZuJSzSzQpL2cmCsysoChb0Kro33ZBVq2y4wlWe3PpCZ/s400/IMG_2787.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi92QBO7pXVZRru2pYAvY1ErpGwKEBtTy9dKCcUkbkWiD_WBzUa5LR61Nt321E57oXJsZVYIthMuGfcL4YBmht-HZlZh5wxwXNpTQgueFnP5u-czxckoM35qqzO-GOrpYIRznbuGNDUh05-/s400/IMG_2788-1.JPG

Syukur, sewaktu mendepani saat getir, saudara dan rakan datang meluahkan rasa simpati serta menghulurkan bantuan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYJCm3UPUlJOHLfsfOY3Zud0HNNrQav9YYnnRYERJXRtSlfBVQIGvP9-X75YF6pGBMqiQ_PVqnnMGktb0q67o1SkkoJuArU6wCtvJL1H5JaG9lhk9-ZOwq76_J7HEYbDA_xw6QqkofE1k9/s400/IMG_2798.JPG

Tepat jam 5.30 petang, Sham menjemput saya masuk ke NICU untuk melihat keadaan Faris di dalam bilik berdinding cermin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuAja8_J4ExZzMC2Dj7vV2RWDdqqvFCuXqS8ZkDaBX83T0nJZ6poRNZbVNAahTuWqKL4qAifBeOAxoOHpFnltgDLp37DsjGRhc2_vqH3EVwOVuJQN9FgT-eBH48oI68DwWrAmCBYd5_dv0/s400/IMG_2789.JPG

Waktu itu, hanya ibu Faris, kakitangan Celcom, Zuraine Mohamad dan jururawat bersama anak kecil berusia 6 tahun sedang bertarung dengan nyawanya itu.

"Dia boleh bernafas tetapi bergantung seratus-peratus kepada bekalan oksigen. Sejak sejam tadi, apabila dos ubat tidur dikurangkan, Faris mampu membuka matanya," ujar Sham kepada saya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_5WdJ-W6_kebNXlP_NzANr3EMttV7U8lZDoDtg-DmE19DOtYFrJ1Hgu4uv5o36rRTiS_E0eSi2jN_FavVuFMHwPifXFjR3tkLUF_bDxoXRV-gNOBzxEYo6ZngAEVWxqo77xHUGn6Ehf-C/s320/IMG_2793.JPG

Dari jauh saya melihat dada kecil Faris turun naik, kencang. Matanya terbuka luas seakan mampu melihat kelibat ibunya setia duduk dan berdiri di sebelah anak bongsu itu.

Sebelum melangkah masuk ke unit terbabit, saya melihat beberapa notis di tampal di dinding berhampiran pintu masuk.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUfELe7FIXCYiW0v1q0bSdudfTF82sGCLVcq12G8y8ppYtrBdpgvdO9fqGg4SLGdSiryrydR5WYMMjF1lzH-iiGDX69PTVR9xocoOd2TYn_5eTOLsk5UL-_VpSBEom1AudgOfnG7oNNO8K/s400/IMG_2801-2.JPG

Hanya kelihatan notis larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit.

Bagi saya, hanya orang tidak waras sahaja tergamak merokok di dalam bangunan hospital. Telefon bimbit? Jika diperhatikan dikebanyakkan hospital, sebilangan kakitangan pusat perubatan juga didapati menggunakan alat komunikasi itu. Justeru tidak hairan jika ahli keluarga pesakit dan pelawat sering dilihat berhubung menggunakan telefon bimbit.

Jika merakam gambar tidak dibenarkan dan dianggap hal teramat penting, pasti notis larangan penggunaan kamera ditampal di dinding hospital secara JELAS, sama seperti notis larangan lain.

Di lokasi itu tidak pula kelihatan notis larangan terbabit.

Justeru saya kemudian merakamkan gambar terakhir, sebelum masuk melihat anak kecil itu dari jarak dekat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuteeSIKqqdeeOasr_BZu0GkA1cNbIfjjwWoEo_e6D54SqOTbmYDQcZUQgCW7uAwT2aalBtEW_6ykOfQeG_d30S5mrKVzqOyYTrhaLLdOD18s1hrDZguePf26gieCo8rHp8wwS6ONxksW2/s400/IMG_2790.JPG

Saya memasukkan kamera ke dalam poket sebelum dihampiri seorang daripada jururawat bertugas.

"Di sini tidak boleh mengambil gambar," ujarnya secara hormat.

Selepas memakai topeng muka dan membasuh tangan, saya masuk menziarahi Faris.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0kAiYp1VQT1D-rXas1QZLDVVh8bZEZlOFzcTHEicMPrK-uQ_AYTeOuJOwFO9fVxbF-stZpcrd14SbrdcE3Ntz-v3gCJLzgmasai-Xdpl2lvb-fUkMafeU9g6TeBtstX1ArDYHQ9iQfaKR/s400/IMG_2790-1.JPG

"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang," bisik Zuraine ke telinga anaknya berselimut.

Mendengar kata-kata itu, airmata saya spontan mengalir membasahi pipi. Saya perhatikan mata Faris, terbuka luas tetapi tidak berkelip. Sesekali kedengaran bunyi rengekan kurang jelas keluar dari mulutnya disumbat tiub.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP_GnTd6LuELBVGyyaBO0-hYvORArzhZ5fcQza78Nyx3XOl06pQJeviD7-SKcnJEUiSupmy9tRjr86kW4DdZe8_bJ36l4QKMdVb8gPl1Pv0IxfQdUPTDn_hjAWvtQE6yv9K_GgJBlBHm8w/s400/IMG_2790-2.JPG

Barangkali Faris ingin memberitahu kami, betapa peritnya pengalaman ditempuh itu. Tambahan pula, saya difahamkan, paru parunya kurang berfungsi.

"Perut dia membesar mungkin sebab hati dia bengkak," ujar Zuraine sambil mengusap perut anaknya.

Sila baca nukilan saya sebelum ini untuk mengetahui fakta berhubung Faris, klik di sini.

Tabahnya hati ibu itu.

Perjuangannya dan suami masih belum selesai, nasib anak kesayangan mereka masih belum diketahui. Namun saya percaya pakar perubatan dan kakitangan hospital swasta ternama itu sentiasa bertungkus-lumus, cuba memberikan rawatan terbaik untuk Faris.


Faris mula dimasukkan ke hospital terbabit sejak 19 hari lalu kerana demam. Empat hari kemudian dia disahkan oleh doktor mengidap HLH, bahasa mudahnya, barah darah.

Saya kemudian memegang kedua kaki Faris, terasa panas namun tidak bergerak.

Saya melihat airmata Zuraine bergenang sewaktu menyentuh kepala Faris. Berulang kali dia mengusap kepala anaknya, zuriat sebelum ini normal bergerak seperti anak lain. Hanya iman dan kepercayaan, Allah penentu takdir, hidup mati manusia, dia masih mampu berdiri dan tanpa jemu membisikkan kata kata semangat ke telinga Faris.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg90GN0co1dPk8rXPCbVzbUfoSnG_ETOktmbrHettoTtWc74lAUGKlUXZcTQJvoz-3kU8mWmuj9cq_Ohgd3TY_MviMHGrIzzqWPNugQIwEPIrdy-LwMGa3oNfQZ9zuOqMGPP6qY8YWLmcka/s400/IMG_2790-3.JPG

Untuk rekod, saya tidak merakamkan gambar sewaktu berada di dalam bilik bersama Faris.

Tiba-tiba, di luar, saya terlihat kelibat 2 pengawal keselamatan berbual bersama ayah Faris. Lalu saya bergerak keluar.

"Di sini tidak boleh merakamkan gambar," kata pegawai pengawal keselamatan.

Saya hanya sekadar bertanya.

"Saya tidak merakamkan gambar di dalam tetapi kalau ada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan gambar Faris dirakamkan dari luar, mungkin encik boleh tunjukkan," ujar saya.

Barangkali bersimpati melihat saya masih bertopeng muka, kedua pengawal itu kemudian pantas beredar. Saya kemudian masuk semula ke bilik. Saya difahamkan, bil rawatan Faris kini mencecah RM75,000 sedangkan insuran ibu dan ayahnya berjumlah kira-kira RM40,000 sahaja.

Dua gambar saya rakam itu untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini.

Fakta, saya tidak berada di hospital itu atas kapasiti sebagai wartawan tetapi sebagai sahabat dan blogger. Jika membuat liputan untuk stesyen televisyen, saya mempunyai jurukamera sendiri, dia tidak menggunakan kamera digital tetapi kamera DVC Pro atau Mini DV, merakamkan video, bukan gambar pegun.

"Polisi hospital ini tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan, untuk menjaga privacy pesakit. Kita memang ada surat pekeliling dikeluarkan oleh Pengarah hospital," ujar jururawat saya dekati.

"Kalau benar begitu, mengapa polisi itu tidak dipamerkan? Supaya pelawat dan keluarga pesakit maklum? Kalau boleh saya ingin melihat polisi itu dan sekaligus mengetahui apakah hukumannya jika merakamkan gambar di hospital," balas saya.

Dia kemudian berjanji untuk menunjukkan kepada saya surat pekeliling, polisi dalaman didakwa wujud. Namun selepas sejam berdiri di luar unit terbabit, tiada pula kakitangan hospital menemui saya seperti dijanjikan.

Jika isu privacy dibangkitkan, dia harus tahu, saya hanya merakamkan gambar Faris, bukan pesakit lain. Tambahan pula, rakaman itu dibenarkan oleh ayah pesakit justeru tidak timbul soal privacy. Sebelum ini semua gambar dimuatkan di blog ini dihantar oleh Sham melalui MMS kepada saya.

"Saya pun hairan juga, kata ada peraturan dilarang merakamkan gambar di hospital tetapi tiada pula kelihatan notis larangan. Hemat saya, setiap peraturan harus dimaklumkan secara jelas kepada pelanggan hospital," celah Baharuddin Zainal Abidin, 43 tahun.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBgpk4dhFyb4mJj-_A-D_m4h0B55tOSNqX5-JEzguc_CT1QveGcWlVKy9skOUPE1vM9XTrnGM8Nls5ndE4N28ifjNIfKF7H5qdgplp6p6PSwkJ0u9_KsBkZxTuj5TGxojO_7jUdmk1Fior/s400/IMG_2813.JPG

Pekerja Pos Malaysia, kini menetap di Klang, Selangor itu, rakan Zuraine di kampung sewaktu kecil.

"Mereka mungkin tidak faham dan saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan fakta. Gambar Faris digunakan untuk dimuatkan di blog, agar lebih ramai pembaca budiman dapat membantu meringankan bebanan kos ditanggung oleh keluarga Faris," ujar saya.

Sham mendengar perbualan kami.


"Bukan apa Sham, dengan gambar itu kita mampu berkongsi perkembangan terkini Faris. Berbekalkan fakta, pembaca blog saya dan masyarakat, InsyaAllah, tentunya tanpa keraguan akan terus menghulurkan sumbangan," jelas saya.

Sham memahami tuntutan itu.

"Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama saya, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan kembali akaun Maybank saya, 1140-1115-2218," katanya.

Setakat ini, dilapor RM16,800 berjaya dikumpulkan. Sham dan isteri memerlukan lebih RM30,000 untuk menampung bil hospital Faris selama 19 hari.

"Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua mereka membantu, hanya Allah mampu membalas jasa baik mereka. Mohon doakan bersama, agar Faris sembuh seperti biasa," pinta Sham.

Tuesday, February 14, 2012

SHARING IS CARING

Ari ni aku dpt satu ayat yg aku rasa setuju sgt... so.. mari sama2 kita renungkan bersama.....

Semasa dalam universiti, selain daripada belajar, ada juga yang ambil peluang untuk cari bakal jodoh nak dijadikan suami atau isteri. Saya ada beberapa tips! Pertama, kalau hendak suami yang baik, carilah pemuda yang sayangkan ibunya. Insya-Allah, kalau dia boleh sayangkan ibunya, dia juga akan dapat menyayangi isteri dan anak.
"Dalam soal memilih jodoh, gunakan akal fikiran, bukan mengikut perasaan dan nafsu. Rumah tangga akan lebih sejahtera dan bahagia jika kedua-dua pihak ibu-bapa memberi restu."

Bukan aku nk galakkan students utk cari jodoh kt U... tp andai kita rasa kita dh jumpa org yg kita rasa BETUL dan sesuai utk dijadikan suami, boleh jadi bapa kepada anak kita, boleh jd nakhoda dlm rumahtangga kita... Why not... tp GUNAKANLAH AKAL FIKIRAN BUKAN NAFSU DAN HATI KITA YG BUTA semata2...... Dan yang paling penting.. Mestilah didahulukan dgn restu kedua ibubapa... InsyaAllah.. kita akan bahagia... Mudah2han.....

Aku sndiri pn sama... bukan niat aku nk cari jodoh masa study dulu... tp Alhamdulillah... aku jumpa soulmate aku.

So sama2 lah kita berdoa utk ditemukan dgn seorg insan yg BETUL utk dijadikan pasangan kita.. Amin..... Mudah2an....

Tuesday, October 25, 2011

On my 32nd birthday.........




Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya aku masih sempat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 32.... ish ish ish.... dulu kalau aku tgk org umur 30an ni.... mmg dah kira tua la.... mcm tu la jugak budak2 tgk aku sekrang ni agaknya....... hehehehehhe..

32 tahun lepas la Pn Zainab Binti Ghazali selamat melahirkan cahaya mata ke 2, puteri pertamanya dimuka bumi ni... Alhamdulillah, walau pn dalam keadaan serba kekurangan aku dibesarkan bersama2 3 lagi adik beradik ku yg lain.... cuma jumlah ahli bertambah pada tahun 1994, iaitu adik kecik aku, MOHAMAD ZULFHATIHI BIN AB RAZAK, sekarang ni dok tunggu nk amik SPM bulan depan.... Semoga Allah memberikan kejayaan yang cemerlang buat Dadik aku ni... Amin..... So kami dh berlima sekeluarga, namun tanggal 28 Jun 2010, Allah telah mengambil kembali Arwah MOHAMAD AZRUL BIN AB RAZAK yang pada waktu itu hampir berusia 28 tahun.... Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Arwah adik aku. Amin...

Di usia 32 tahun ni... aku mengharapkan semua impian aku akan menjadi nyata...... semoga rumahtangga yg aku bina bersama insan tersayang ASRUL BIN MOHAMMAD akan kekal dan bahagia selamanya dan aku amat berharap rumahtangga kami akan diserikan dgn kehadiran cahaya mata setelah 5 tahun aku dengan sabar menanti doa aku dimakbulkan Allah... Aku yakin kejadian Allah itu sempurna dan setiap ketentuan yg Allah tetap kan adalah yang terbaik untuk hambaNya.....

Terima kasih jugak kepada Encik Suami.... yang sudi menyunting seorang wanita biasa yang tak punya apa2 untuk menjadi isteri...... Terima kasih di atas kasih sayang yang di curahkan..... Terima kasih jugak sbb sambutan hari Lahir hari ni.. walaupn asalnya nk bawa isteri tercinta bercinta kat Cameron, atas sbb faktor yang tak dpt di elakkan.... cancel p Cameron.... tukar jd family trip and dinner lak... Ok la tu.... Aku bersyukur sgt dpt suami yang baik dan penyayang mcm ni..... Alhamdulillah sekali lg.....

So, aku harap hari2 yang mendatang akan memberikan sejuta kejayaan kepada aku, semoga aku sentiasa berada di landasan yang betul........ Amin..........

SHARING IS CARING

Maklumat di bawah adalah dari sumber email yang di forwardkan oleh kawan aku.....

MAKLUMAT INI ADALAH BENAR

1.
Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay
bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang
menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan
mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni
"Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang
Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan
Coke
(minuman bersoda)
atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda
boleh tengok
ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari
'Health Corporation of Singapore '.

4.
Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa.
Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi
Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah;
VO5, Palmolive,
Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force
dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi
Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak". Dalam pada itu,
Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis
mee segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan
salutan wax ke atas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR
dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).

Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah
mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap
barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu
yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana
setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak
tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas
itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai
'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6.
Bawang Goreng segera, seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat
bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang
tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas
menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara
tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa
yang singkat sahaja.


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.



Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden , Pulau Pinang

Thursday, October 20, 2011

My little brother first Graduation day in his life.. i'm waiting for his next graduation daysssss.... Amin

Dear My little brother, MOHAMAD ZULFHATIHI BIN AB RAZAK, congratulation on your first graduation day from Kakak and Abang.. wish all the happiness and success will be yours always....







Wednesday, October 5, 2011

WHEN U SAID YOU LOVE ME.......



When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"
When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..
When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..
When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."
When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."
When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..
When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.

We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same... there are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥