Tuesday, October 25, 2011

On my 32nd birthday.........




Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya aku masih sempat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 32.... ish ish ish.... dulu kalau aku tgk org umur 30an ni.... mmg dah kira tua la.... mcm tu la jugak budak2 tgk aku sekrang ni agaknya....... hehehehehhe..

32 tahun lepas la Pn Zainab Binti Ghazali selamat melahirkan cahaya mata ke 2, puteri pertamanya dimuka bumi ni... Alhamdulillah, walau pn dalam keadaan serba kekurangan aku dibesarkan bersama2 3 lagi adik beradik ku yg lain.... cuma jumlah ahli bertambah pada tahun 1994, iaitu adik kecik aku, MOHAMAD ZULFHATIHI BIN AB RAZAK, sekarang ni dok tunggu nk amik SPM bulan depan.... Semoga Allah memberikan kejayaan yang cemerlang buat Dadik aku ni... Amin..... So kami dh berlima sekeluarga, namun tanggal 28 Jun 2010, Allah telah mengambil kembali Arwah MOHAMAD AZRUL BIN AB RAZAK yang pada waktu itu hampir berusia 28 tahun.... Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Arwah adik aku. Amin...

Di usia 32 tahun ni... aku mengharapkan semua impian aku akan menjadi nyata...... semoga rumahtangga yg aku bina bersama insan tersayang ASRUL BIN MOHAMMAD akan kekal dan bahagia selamanya dan aku amat berharap rumahtangga kami akan diserikan dgn kehadiran cahaya mata setelah 5 tahun aku dengan sabar menanti doa aku dimakbulkan Allah... Aku yakin kejadian Allah itu sempurna dan setiap ketentuan yg Allah tetap kan adalah yang terbaik untuk hambaNya.....

Terima kasih jugak kepada Encik Suami.... yang sudi menyunting seorang wanita biasa yang tak punya apa2 untuk menjadi isteri...... Terima kasih di atas kasih sayang yang di curahkan..... Terima kasih jugak sbb sambutan hari Lahir hari ni.. walaupn asalnya nk bawa isteri tercinta bercinta kat Cameron, atas sbb faktor yang tak dpt di elakkan.... cancel p Cameron.... tukar jd family trip and dinner lak... Ok la tu.... Aku bersyukur sgt dpt suami yang baik dan penyayang mcm ni..... Alhamdulillah sekali lg.....

So, aku harap hari2 yang mendatang akan memberikan sejuta kejayaan kepada aku, semoga aku sentiasa berada di landasan yang betul........ Amin..........

SHARING IS CARING

Maklumat di bawah adalah dari sumber email yang di forwardkan oleh kawan aku.....

MAKLUMAT INI ADALAH BENAR

1.
Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay
bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang
menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan
mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni
"Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang
Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan
Coke
(minuman bersoda)
atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda
boleh tengok
ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari
'Health Corporation of Singapore '.

4.
Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa.
Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi
Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah;
VO5, Palmolive,
Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force
dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi
Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak". Dalam pada itu,
Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis
mee segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan
salutan wax ke atas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR
dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).

Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah
mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap
barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu
yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana
setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak
tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas
itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai
'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6.
Bawang Goreng segera, seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat
bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang
tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas
menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara
tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa
yang singkat sahaja.


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.



Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden , Pulau Pinang

Thursday, October 20, 2011

My little brother first Graduation day in his life.. i'm waiting for his next graduation daysssss.... Amin

Dear My little brother, MOHAMAD ZULFHATIHI BIN AB RAZAK, congratulation on your first graduation day from Kakak and Abang.. wish all the happiness and success will be yours always....







Wednesday, October 5, 2011

WHEN U SAID YOU LOVE ME.......



When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"
When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..
When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..
When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."
When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."
When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..
When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.

We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same... there are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥

Wednesday, September 28, 2011

FRIENDSHIP NEVER END....




'TRUE FRIENDS, ALWAYS BRING OUT THE BEST FOR EACH OTHER...' Thanks everybody for being a very good friends....

***kalau ada kwn2 aku yg tak de pic... jgn kecik ati... korang ttp kawan aku jugak.....

ZAMAN SEKOLAH.....

walaupun pic ni dah 'comot' kami ttp nampak cute kan??


Rombongan sekolah ke Gurney bersama arwah Cikgu Ishak Hamli



Kawan kelas 5A SMKTAR tahun 1994-1996 di rumah Cikgu Faridah

Kami kawan dari sekolah rendah.... sampai skrg.........



Celebrate bday aku... walau kita terpisah jauh.. korang semua ttp dihatiku


Kami closed sampai sekarang.... :)



ALAM KAMPUS 1999 - 2003

Program anak angkat DPMM kat Perlis
Taekwondo la sgt.......

Zuraifah....... kt Pengkalan Hulu

Main bola jaring... x pndai main pn....

Antara geng2 bilik rempatan... x tau la korang semua kat mana....

Kenduri kak Nurul kawin kt sg petani

Zury da trouble maker.....

Zury dah jadi ibu...

Eila.....

Maria... course mate yg paling closed...

Eija, June and Eida....

Hehehehe.... geng bilik merempat dh bertukar jadi rumah menumpang... Kami dh besar kan?

ALAM PEKERJAAN

Walaupn tmpt keje ni kurang membestkan... aku ttp best sbb ada kawan2 yg best

Natalie, Ms Loh and me....

Tu la abah Dini....... yg paling tepi tu.. musuh ketat! :)


Joey...

Melissa :)


Sebahagian dr kwn opish....


My colleagues............. Dinner 2011




lupa la bila start kawan ngan dia.... :)



























Tuesday, September 27, 2011

Adakah Cinta Perlu Bersebab...???



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.....

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :


“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati...”

LET'S TALK ABOUT LOVE...


Salam... tetiba rasa nk tulis pasal cinta.... Actually cinta ni byk definisinya. Terpulang kepada setiap individu bagaimana mendefinasikan cinta. Ada yang cakap cinta itu buta, cinta itu membuang masa dan bla bla bla...

Definisi CINTA dalam kamus hidup aku is CINTA ADALAH MEMBERI DAN MENERIMA, sebab tak bermakna cinta seseorang sekiranya dia hanya memberi tanpa menerima ataupn hanya menerima tanpa memberi.

Kisah cinta aku bermula di alam kampus lagi, perkenalan aku dgn cinta pertama dan terakhir aku (amin) tak di sengajakan.... tak payah cerita lah bagaimana ia bermula, tp aku lebih suka bercerita bgmana aku menikmatinya sekarang. Alhamdulillah... aku bersyukur atas limpah kurniaNya sehingga aku mampu merasai keindahan CINTA.. Buat suami ku tersayang... terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bahagi... semoga CINTA yg kita bina akan kekal untuk selamanya.. INSYAALAH... Who is my husband??? Ini dia....


Alhamdulillah aku bahagia ngan kisah cinta aku.. cuma bukan semua cinta itu indah... ada jugak cinta yang menyakitkan.. Aku terpanggil untuk share satu cerita CINTA yang bagi aku menyakitkan salah satu pihak...


Kisah CINTA seorang lelaki biasa kepada perempuan cantik. Kisah CINTA bermula bila lelaki yang lebih aku suka namakan si A teramatlah suka kepada seorang perempuan yang aku namakan sebagai si Z semasa diorg sama2 belajar di IPT yg sama... diceritakan pada awalnya si Z tak suka kepada si A sebab A ni tak de la handsome.. kaya pn tak.. cuma dtg dr golongan sederhana sedangkan si Z ni org bandar and datang dari golongan keluarga yg moden. Di sebabkab terlalu sukakan si Z, si A terus mengurat sampai satu waktu dia menyanyi utk si Z masa dlm kelas (romantik kan?) dan akhirnya si Z pn sudi menerima A dalam hidup dia. Kisah cinta mereka berjaya bertahan hingga beberapa tahun yg aku kurang pasti.. Namun di sebalk hubungan yang berlangsung bertahun2 lamanya, si A slalu dapat hidu kecurangan si Z dan mereka bergaduh, atas sifat baran si A, mcm2 lah ayat2 tajam yang keluar dr mulut dia... namun dia akhirnya sejuk jugak dan mereka berkawan balik... begitulah kisah cinta mereka berjalan hingga bertahun2 lamanya hingga si A pernah membawa balik si Z utk di temukan dengan keluarnya...

Namun, pada penghujung tahun 2010, si A telah bergaduh besar kerasa si Z melakukan perkara yang si A tak dapat terima (melibatkan keluarga) dan akhirnya dia nekad meninggalkan si Z.. dia sanggup terima si Z utk berkali2 walaupn sering tertangkap curang dgn lelaki lain, tp utk kesalahan melibatkan keluarga si A, dia merelakan perpisahan walaupn hidupnya cukup tersiksa untuk melupakan si Z kerana dia terlalu cintakan si Z... setiap mlm dia menangis dan meluahkan rasa kecewanya kepada si Z hingga lah satu hari dia cuba untuk menerima org lain dlm hatinya yang aku namakan si N.. di awal usia perkenalan mereka Z jatuh sakit dan akhirnya meninggalkan alam ini untuk selamanya... Namun A akhirnya sempat bertemu dengan orang yang benar2 mampu menyayangi dia seadanya... walau hanya seketika cuma.... semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham... Al Fatihah utk arwah...

Mungkin salah si A sbb terlalu mencintai diri orang lain yang belum tentu mencintai dirinya... dan akhirnya cinta itu menyeksakan dirinya sndiri.... bukan nk salah kan mana2 pihak, sbb jodoh ajal dan pertemuan semuanya ketentuan Allah dan kejadian Allah itu smpurna, cuma aku suka untuk nasihatkan semua orang kat luar sana supaya terima lah org yang menyayangi anda dan jangan terima hanya kita menyayangi dirinya... CINTA itu memberi dan menerima....

Kisah lagi satu.... ada seorang teman bercerita yang dia putus tunang sbb dia tak rasa bekas tunang dia tu mampu utk jd suami baik utk dia... Yes... walaupn kita perempuan, kita berhak untuk tentukan mcmana rumah tangga kita nanti.. Di katakan bekas tunang tu tak pernah kisah pasal dia, walaupn rumah dekat tapi boleh jumpa 2 bulan sekali dan itu pn jumpa utk mkn... dan semasa mkan pn hanya perempuan tu saja yg bercakap sdgkan tunang dia menikmati hidangan selepas itu pertemuan itu dia tamatkan dengan ayat 'jom balik la... dh lewat..' dan timbahkan dalam usia perkenalan mereka hampir 2 tahun itu dia hanya menerima 2 hadiah iaitu tudung berharga RM 10 utk setiap satu, so utk 2 thn dia hanya spent RM 20 utk tunang dia... sdgkan untuk diri sndiri dia boleh beli baju yg harga beratus2 dan jam yang bernilai hampor rm300... and the worst case is bila usia pertunangan mencecah 2 tahun, dia masih belum mampu kumpulkan wang hantaran dan jumlah wang hntaran terkumpul hanya RM2K?? Actually aku tak tahu mcmana tunang dia yg sebenar, namun bila di ceritkan kisah macam tu aku terpikir balik... sebenarnya kenapa lelaki itu bertunang dengan teman aku ni?? serius kah dia... namun akhirnya teman aku nekad memutuskan pertunangan tersebut kerana tak dapat membayangkan bgmana rupa rumahtangga yang diorg akan lalui.... tak pe lahh... kita pompuan pn kita ada hak nk pikir pasal masa depan kita sndiri.... jgn pernah takut dgn kata2 org.... yang nk bahagia atau siksa hanya kita sndiri...... LU PIKIRLAH SENDIRI...

Kisah aku dengan cinta pertama dan terakhir aku pn bukan lah sebahagia org lain (kalau kawan2 baca blog ni.. korang tahu la kan???)... cuma aku ttp yakin dia adalah seorang lelaki yang baik, yang mampu menjadi suami aku, dan bapa yang boleh diteladani oleh anak2 aku, dan boleh imamkan aku dan anak2 aku... tp alhamdulillah... akhirnya dr saat aku sah sbg isterinya.. aku rasa aku lah insan bertuah yang bersuamikan dia.. insyaAllah.. aku panjatkan doa semoga kami akan bahagia dan kekal selamanya. InsyaAllah... dan Alhamdulillah jugak aku boleh nampak ramai jugak kawan2 aku yang bercinta zaman kampus dulu berkahwin dgn pasangan masing dan bahagia....

apa moral aku utk ari ni ek? erm... pilihlah orang yang sayang kita bukan org yg kita sayang tanpa tahu sedalam mana sayang dia kat kita.... dan jgn lah tempuh alam perkahwinan tanpa restu parents... pls.... doa mereka2 itu lah yang membawa kepada kebahagiaan kita.. InsyaAllah.. semoga kita semua bahagia.... Amin