Wednesday, September 28, 2011

FRIENDSHIP NEVER END....




'TRUE FRIENDS, ALWAYS BRING OUT THE BEST FOR EACH OTHER...' Thanks everybody for being a very good friends....

***kalau ada kwn2 aku yg tak de pic... jgn kecik ati... korang ttp kawan aku jugak.....

ZAMAN SEKOLAH.....

walaupun pic ni dah 'comot' kami ttp nampak cute kan??


Rombongan sekolah ke Gurney bersama arwah Cikgu Ishak Hamli



Kawan kelas 5A SMKTAR tahun 1994-1996 di rumah Cikgu Faridah

Kami kawan dari sekolah rendah.... sampai skrg.........



Celebrate bday aku... walau kita terpisah jauh.. korang semua ttp dihatiku


Kami closed sampai sekarang.... :)



ALAM KAMPUS 1999 - 2003

Program anak angkat DPMM kat Perlis
Taekwondo la sgt.......

Zuraifah....... kt Pengkalan Hulu

Main bola jaring... x pndai main pn....

Antara geng2 bilik rempatan... x tau la korang semua kat mana....

Kenduri kak Nurul kawin kt sg petani

Zury da trouble maker.....

Zury dah jadi ibu...

Eila.....

Maria... course mate yg paling closed...

Eija, June and Eida....

Hehehehe.... geng bilik merempat dh bertukar jadi rumah menumpang... Kami dh besar kan?

ALAM PEKERJAAN

Walaupn tmpt keje ni kurang membestkan... aku ttp best sbb ada kawan2 yg best

Natalie, Ms Loh and me....

Tu la abah Dini....... yg paling tepi tu.. musuh ketat! :)


Joey...

Melissa :)


Sebahagian dr kwn opish....


My colleagues............. Dinner 2011




lupa la bila start kawan ngan dia.... :)



























Tuesday, September 27, 2011

Adakah Cinta Perlu Bersebab...???



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.....

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :


“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati...”

LET'S TALK ABOUT LOVE...


Salam... tetiba rasa nk tulis pasal cinta.... Actually cinta ni byk definisinya. Terpulang kepada setiap individu bagaimana mendefinasikan cinta. Ada yang cakap cinta itu buta, cinta itu membuang masa dan bla bla bla...

Definisi CINTA dalam kamus hidup aku is CINTA ADALAH MEMBERI DAN MENERIMA, sebab tak bermakna cinta seseorang sekiranya dia hanya memberi tanpa menerima ataupn hanya menerima tanpa memberi.

Kisah cinta aku bermula di alam kampus lagi, perkenalan aku dgn cinta pertama dan terakhir aku (amin) tak di sengajakan.... tak payah cerita lah bagaimana ia bermula, tp aku lebih suka bercerita bgmana aku menikmatinya sekarang. Alhamdulillah... aku bersyukur atas limpah kurniaNya sehingga aku mampu merasai keindahan CINTA.. Buat suami ku tersayang... terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bahagi... semoga CINTA yg kita bina akan kekal untuk selamanya.. INSYAALAH... Who is my husband??? Ini dia....


Alhamdulillah aku bahagia ngan kisah cinta aku.. cuma bukan semua cinta itu indah... ada jugak cinta yang menyakitkan.. Aku terpanggil untuk share satu cerita CINTA yang bagi aku menyakitkan salah satu pihak...


Kisah CINTA seorang lelaki biasa kepada perempuan cantik. Kisah CINTA bermula bila lelaki yang lebih aku suka namakan si A teramatlah suka kepada seorang perempuan yang aku namakan sebagai si Z semasa diorg sama2 belajar di IPT yg sama... diceritakan pada awalnya si Z tak suka kepada si A sebab A ni tak de la handsome.. kaya pn tak.. cuma dtg dr golongan sederhana sedangkan si Z ni org bandar and datang dari golongan keluarga yg moden. Di sebabkab terlalu sukakan si Z, si A terus mengurat sampai satu waktu dia menyanyi utk si Z masa dlm kelas (romantik kan?) dan akhirnya si Z pn sudi menerima A dalam hidup dia. Kisah cinta mereka berjaya bertahan hingga beberapa tahun yg aku kurang pasti.. Namun di sebalk hubungan yang berlangsung bertahun2 lamanya, si A slalu dapat hidu kecurangan si Z dan mereka bergaduh, atas sifat baran si A, mcm2 lah ayat2 tajam yang keluar dr mulut dia... namun dia akhirnya sejuk jugak dan mereka berkawan balik... begitulah kisah cinta mereka berjalan hingga bertahun2 lamanya hingga si A pernah membawa balik si Z utk di temukan dengan keluarnya...

Namun, pada penghujung tahun 2010, si A telah bergaduh besar kerasa si Z melakukan perkara yang si A tak dapat terima (melibatkan keluarga) dan akhirnya dia nekad meninggalkan si Z.. dia sanggup terima si Z utk berkali2 walaupn sering tertangkap curang dgn lelaki lain, tp utk kesalahan melibatkan keluarga si A, dia merelakan perpisahan walaupn hidupnya cukup tersiksa untuk melupakan si Z kerana dia terlalu cintakan si Z... setiap mlm dia menangis dan meluahkan rasa kecewanya kepada si Z hingga lah satu hari dia cuba untuk menerima org lain dlm hatinya yang aku namakan si N.. di awal usia perkenalan mereka Z jatuh sakit dan akhirnya meninggalkan alam ini untuk selamanya... Namun A akhirnya sempat bertemu dengan orang yang benar2 mampu menyayangi dia seadanya... walau hanya seketika cuma.... semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham... Al Fatihah utk arwah...

Mungkin salah si A sbb terlalu mencintai diri orang lain yang belum tentu mencintai dirinya... dan akhirnya cinta itu menyeksakan dirinya sndiri.... bukan nk salah kan mana2 pihak, sbb jodoh ajal dan pertemuan semuanya ketentuan Allah dan kejadian Allah itu smpurna, cuma aku suka untuk nasihatkan semua orang kat luar sana supaya terima lah org yang menyayangi anda dan jangan terima hanya kita menyayangi dirinya... CINTA itu memberi dan menerima....

Kisah lagi satu.... ada seorang teman bercerita yang dia putus tunang sbb dia tak rasa bekas tunang dia tu mampu utk jd suami baik utk dia... Yes... walaupn kita perempuan, kita berhak untuk tentukan mcmana rumah tangga kita nanti.. Di katakan bekas tunang tu tak pernah kisah pasal dia, walaupn rumah dekat tapi boleh jumpa 2 bulan sekali dan itu pn jumpa utk mkn... dan semasa mkan pn hanya perempuan tu saja yg bercakap sdgkan tunang dia menikmati hidangan selepas itu pertemuan itu dia tamatkan dengan ayat 'jom balik la... dh lewat..' dan timbahkan dalam usia perkenalan mereka hampir 2 tahun itu dia hanya menerima 2 hadiah iaitu tudung berharga RM 10 utk setiap satu, so utk 2 thn dia hanya spent RM 20 utk tunang dia... sdgkan untuk diri sndiri dia boleh beli baju yg harga beratus2 dan jam yang bernilai hampor rm300... and the worst case is bila usia pertunangan mencecah 2 tahun, dia masih belum mampu kumpulkan wang hantaran dan jumlah wang hntaran terkumpul hanya RM2K?? Actually aku tak tahu mcmana tunang dia yg sebenar, namun bila di ceritkan kisah macam tu aku terpikir balik... sebenarnya kenapa lelaki itu bertunang dengan teman aku ni?? serius kah dia... namun akhirnya teman aku nekad memutuskan pertunangan tersebut kerana tak dapat membayangkan bgmana rupa rumahtangga yang diorg akan lalui.... tak pe lahh... kita pompuan pn kita ada hak nk pikir pasal masa depan kita sndiri.... jgn pernah takut dgn kata2 org.... yang nk bahagia atau siksa hanya kita sndiri...... LU PIKIRLAH SENDIRI...

Kisah aku dengan cinta pertama dan terakhir aku pn bukan lah sebahagia org lain (kalau kawan2 baca blog ni.. korang tahu la kan???)... cuma aku ttp yakin dia adalah seorang lelaki yang baik, yang mampu menjadi suami aku, dan bapa yang boleh diteladani oleh anak2 aku, dan boleh imamkan aku dan anak2 aku... tp alhamdulillah... akhirnya dr saat aku sah sbg isterinya.. aku rasa aku lah insan bertuah yang bersuamikan dia.. insyaAllah.. aku panjatkan doa semoga kami akan bahagia dan kekal selamanya. InsyaAllah... dan Alhamdulillah jugak aku boleh nampak ramai jugak kawan2 aku yang bercinta zaman kampus dulu berkahwin dgn pasangan masing dan bahagia....

apa moral aku utk ari ni ek? erm... pilihlah orang yang sayang kita bukan org yg kita sayang tanpa tahu sedalam mana sayang dia kat kita.... dan jgn lah tempuh alam perkahwinan tanpa restu parents... pls.... doa mereka2 itu lah yang membawa kepada kebahagiaan kita.. InsyaAllah.. semoga kita semua bahagia.... Amin